Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH PENUBUHAN SMKTBP

Sekolah Menengah Teknik (SMKTBP) terletak di Bukit Piatu iaitu lebih kurang 5 km dari Bandar Melaka. Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1972 dan siap  dibina pada tahun 1973. Pada Januari 1974, ia mula dibuka dengan bilangan 108 orang pelajar. Kedudukannya yang strategik, lebih-lebih lagi di dalam Bandar Melaka Bandar raya Bersejarah menjadikannya lebih menarik.

Pada 15 Julai 1978, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tuan Syed Zahiruddin bin Syed Hassan. Pada peringkat awal, selain daripada mata pelajaran akademik, Aliran Sains Kursus Teknikal yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera dan juga Pertanian. Kursus Perdagangan mula ditawarkan pada tahun 1984.

Daripada perspektif perkembangan fizikal,  pada peringkat awal sekolah ini mempunyai Blok Pertanian, Pentadbiran, 21 bilik darjah, 6 bilik makmal, 2 bengkel kejuruteraan, 4 blok asrama, sebuah dewan makan asrama dan sebuah kantin terbuka. Kini sekolah ini mempunyai 13 blok bangunan, sebuah Pusat Sumber dan Perpustakaan baru. Pada hari ini terdapat 16 kelas kejuruteraan, 4 kelas pertanian dan 2 kelas perdagangan dalam kedua-dua Tingkatan 4 dan 5.  Pada masa dahulu sekolah ini juga mempunyai 2 kelas Tingkatan 6 Bawah dan 2 kelas Tingkatan 6 Atas tetapi telah dimansuhkan. Kini, kelas tingkatan 6 tidak wujud lagi. Jumlah pelajar SMKTBP pula ialah seramai lebih kurang 800 orang dengan 52 orang tenaga pendidik. Mulai tahun 1994, Kursus Pengajian Elektrik dan Elektronik ditawarkan kepada pelajar di sekolah ini.  Pelajar SMKTBP hanya terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 sahaja.

Pada tahun 1999, SMKTBP menyambut perayaan jubli perak sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Secara keseluruhannya...SMKTBP kini sudah berwajah baru dan moden.

( Lihat laman STATISTIK untuk maklumat lanjut )


naik ke atas [ ke muka depan ]