Latar belakang :


SMKTBP merupakan salah sebuah sekolah teknik yang boleh menempatkan semua pelajarnya
dalam asrama. Mulai awal tahun 1988, asrama putera ( aspura ) dan puteri ( aspuri ) yang baru
telah siap dan mula didiami pelajar. Walaupun bertaraf sekolah berasrama penuh, namun begitu
masih terdapat pelajar yang menetap di luar asrama kerana jarak yang dekat ke sekolah ini.

Kemudahan asas utama :


Para penghuni disediakan pelbagai kemudahan asas demi kehidupan yang selesa dan aman.
Antaranya dewan makan yang bersih dan selesa, surau dua tingkat dengan sistem siaraya yang
canggih, gelanggang sukan, bilik media ( TV ), bilik ulang kaji serta bilik tidur yang luas dan
lengkap dengan perabut serta kipas angin. Perkhidmatan mendobi pakaian juga ditawarkan di
samping bahan-bahan bacaan harian seperti akhbar tempatan dan majalah. Para waden senantiasa
mengutamakan kebajikan penghuni dengan bantuan Penyelia dan AJK asrama.

SENARAI WADEN 1998 :

KETUA WADEN
Ustaz Musa b Abu Hassan

WADEN 

Encik  Daud b Abdul
Encik Tuah b Talib
Encik Daud b Mijan
Encik Mohd Ridzuan Yeoh Abdullah
Encik Norasman b Md Jelas
Encik Omar b Yusof
Tuan Haji Abdul Razak b Dawam
Ustaz Yahya b Khatib Yusuf 
Ustazah Rosnah
Ustazah Nik Salida
Pn Salmah Abas

Penyelia Asrama : En Sharizal
Bilangan penghuni ASPURA dan ASPURI : Lebih kurang 600 orang.


Naik ke atas.