Latar belakang :
SMKTBP merupakan salah sebuah sekolah teknik yang boleh menempatkan semua pelajarnya
dalam asrama. Mulai awal tahun 1988, asrama putera ( aspura ) dan puteri ( aspuri
) yang baru
telah siap dan mula didiami pelajar. Walaupun bertaraf sekolah berasrama penuh,
namun begitu
masih terdapat pelajar yang menetap di luar asrama kerana jarak yang dekat ke
sekolah ini.
Kemudahan asas utama :
Para penghuni disediakan pelbagai kemudahan asas demi kehidupan yang
selesa dan aman.
Antaranya dewan makan yang bersih dan selesa, surau
dua tingkat dengan sistem siaraya yang
canggih, gelanggang sukan, bilik media ( TV ), bilik ulang kaji serta bilik
tidur yang luas dan
lengkap dengan perabut serta kipas angin. Perkhidmatan mendobi pakaian juga
ditawarkan di
samping bahan-bahan bacaan harian seperti akhbar tempatan dan majalah. Para
waden senantiasa
mengutamakan kebajikan penghuni dengan bantuan Penyelia dan AJK asrama.
SENARAI WADEN 1998 :
KETUA
WADEN |
WADEN Encik
Daud b Abdul |
Penyelia
Asrama : En Sharizal
Bilangan penghuni ASPURA dan ASPURI : Lebih kurang 600 orang.
Naik ke atas.