principal

ASSALAMUALAIKUM,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkat
kurnia dan rahmatNya, maka dapatlah saya
merakamkan sepatah dua kata dalam Homepej
SMKT Bkt. Piatu ini.

Dunia sekarang melangkah ke arah IT yang mana
di peringkat sekolah juga perlu ada pembaharuan
ke arah tersebut. Homepej ini akan dapat
membantu mendedahkan aktiviti sekolah , kurikulum
sekolah ke dunia luar menerusi media elektronik ini.

Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru
kepada pelajar supaya menyiapkan diri dalam
menghadapi cabaran masa kini terutama dalam
teknologi maklumat.

Tanamkan minat untuk mempelajari teknologi maklumat
untuk kegunaan pada masa hadapan. Mempelajari teknologi
maklumat juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar
tetapi unsur-unsur dan gejala negatif yang melemahkan
diri, keluarga serta masyarakat perlu dibanteras
supaya kita dapat menuju ke arah wawasan 2020.

Akhir kata , saya berdoa kepada Allah S.W.T. semoga
keluarga TEKNIK akan terus maju dan terus memperkembang
ilmu dalam bidang teknologi maklumat.

" TEKUN USAHA JAYA "


( ASMARA BTE SULONG )
Pengetua,
Sek.Men.Keb.Teknik
Bukit Piatu,
Melaka.
Ogos 1998

Naik ke atas.